PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR SEMESTER 2 DI KOLEJ TUJUH BELAS | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR SEMESTER 2 DI KOLEJ TUJUH BELAS

PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR SEMESTER 2 DI KOLEJ TUJUH BELAS

SERDANG, 18 MAC 2022 - Bermula 16 sehingga 18 Mac 2022 merupakan pendaftaran masuk pelajar ke kolej kediaman masing masing di Universiti Putra Malaysia, begitu juga dengan situasi di Kolej Tujuh Belas. Pelajar telah mula mendaftar seawal 8.00 pagi pada 16 Mac 2022 dan berlangsung selama tiga hari bagi pendaftaran masuk untuk pelajar meneruskan semester 2 sesi 2021/2022. Kami dari Pihak Pengurusan Kolej Tujuh Belas mengucapkan selamat datang dan selamat kembali ke kolej kepada pelajar Kolej Tujuh Belas.

 

Terima kasih diucapkan kepada para staf yang bertugas sepanjang sesi pendaftran berlansung. Tidak lupa juga pihak Kolej Tujuh Belas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta Program Khidmat Pelajar yang telah turut menyertai dalam menjayakan hari pendaftaran masuk pelajar Kolej Tujuh Belas Semester 2 sesi 2021/2022. Meskipun cuaca hujan pada petang pada hari kedua, tetapi proses kemasukan pelajar berjaya dijalankan dengan lancar.

 

Kepada staf, Wakil Majlis Perwakilan Kolej, dan felo dan pelajar yang tidak dapat terlibat dengan sesi pendaftaran akibat kekangan kerja dan komitmen serta harus kuarantin akibat positif covid 19 diharapkan semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

 

Diharapkan warga Kolej Tujuh Belas dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan walau di mana sahaja bagi kesejahteraan bersama.

 

 

 

 

 

Date of Input: 18/03/2022 | Updated: 18/03/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
WXFUFAT~