Program Sunathon 2019 | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » Program Sunathon 2019

Program Sunathon 2019

Kuala Lumpur,1 Disember 2019 – Dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat, Sekretariat Perpaduan dan Kesukarelawan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas Sesi 201/2020, Universiti Putra Malaysia, serta pihak Pengurusan Kolej Tujuh Belas dengan kerjasama Persatuan Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM dan Muslim Medical Team (MMT) serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan satu program khidmat masyarakat berkhatan di Surau Ibadurrahman, PPR Kg.Limau, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai kerjasama, semangat berpasukan, nilai kepimpinan serta memberi peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan di dalam bidang perubatan ke dunia kemasyarakatan yang sebenar.

Program tersebut berlangsung selama satu hari bermula lebih kurang jam 8:00 pagi sehingga 3:30 petang. Majlis perasmian dilakukan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Norhafizah Mohtarrudin, merupakan Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Perubadan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Seramai 10 orang pengamal perubatan dari klinik luar dan 50 orang pelajar perubatan UPM (sukarelawan) diketuai oleh Dr. Zafri Ismadi Bin Mohd Anis, Doktor Pakar Pediatrik (kanak-kanak) telah terlibat di dalam aktiviti mengkhatan anak-anak di sekitar kejiranan Surau Ibadurrahman, PPR Kg. Limau, Kuala Lumpur. Turut diadakan ceramah bagi meningkatkan kesedaran penduduk tempatan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan. Program ini bertujuan membantu anak-anak penduduk yang kurang berkemampuan selain memudahkan pihak setempat.

 

Date of Input: 31/12/2019 | Updated: 23/01/2020 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
WXFUFAT~