SEKOLAH TUNAS BAKTI | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » SEKOLAH TUNAS BAKTI

SEKOLAH TUNAS BAKTI

SERAMAI 18 orang pelajar dari Kolej 17, Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan mengadakan teknik kemahiran menjawab soalan SPM sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan itu bermula 2 hingga 29 Mac ini.

Program diberi nama Teach The Needs 2.0 itu telah berlangsung pada 23 hingga 26 Februari 2022 yang disertai 50 orang pelajar sekolah pemulihan akhlak tersebut.

Pengarah program, Nurin Hanisah Alhajar berkata, sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik serta Pendidikan Islam dengan konsep satu pengajar satu pelajar itu turut mendapat pendedahan bersifat motivasi.

“Program ini juga mengasah bakat pelajar Kolej 17 untuk berinteraksi mengikut tahap kefahaman pelajar sekolah,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Kolej 17, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni yakin pelajar UPM yang terlibat menerima banyak manfaat semasa menyumbang idea, tenaga dan ilmu pengetahuan kepada komuniti.

“Program ini telah meningkatkan keyakinan diri pelajar UPM untuk berinteraksi dengan pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dengan lebih berkesan dan membina hubungan sosial bersama mereka.

“Usaha ini juga selaras dengan gesaan Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman untuk membangunkan karakter graduan sebagai salah satu strategi utama dalam memacu universiti sebagai menara ilmu,” ujarnya.- RELEVAN

Date of Input: 14/03/2022 | Updated: 14/03/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
WXFUJAD~