VIRTUAL VOLUNTEER FAIR PROGRAM | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » VIRTUAL VOLUNTEER FAIR PROGRAM

VIRTUAL VOLUNTEER FAIR PROGRAM

PROGRAM VIRTUAL VOLUNTEER FAIR

 

Program ini telah berlangsung pada 6, 7, 8, 9 dan 12 Disember 2021 di bawah anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas Sesi 2021/2022. Terdapat 9 slot sesi perkongsian yang telah dijalankan oleh 9 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia iaitu Global Environment Centre, HumanKind, Malaysian Association for the Blind (MAB), Malaysian National Animal Welfare Foundation (MNAWF), EcoKnights, SUKA Society, Kloth, Malaysia Outreach Volunteer Experience-MOVE dan Biji-biji Initiative.

 

Antara pengisian sesi perkongsian tersebut termasuklah pengenalan tentang pertubuhan, tawaran peluang kesukarelawanan dan latihan industri di pertubuhan, tarikan pertubuhan dan projek-projek yang sedia ada. Tambahan pula, sesi soal jawab bersama panel jemputan diadakan juga. Selain itu, sesi pengutipan derma (fundraising) dijalankan untuk pertubuhan yang terlibat.  Program Kesukarelawanan sempena Virtual Volunteer Fair juga dianjur dan telah menerima 9 pendaftaran daripada pelajar Kolej Tujuh Belas iaitu 3 untuk Kloth dan 6 untuk MNAWF.

 

Pihak penganjur berharap peserta, terutamanya pelajar universiti yang merupakan bakal peneraju bangsa dan negara boleh menyemai nilai dan amalan kesukarelawanan dalam kehidupan seharian serta menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat. Diharapkan Virtual Volunteer Fair dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang dengan penambahbaikan yang sewajarnya. 

 

Ucapan terima kasih dan penghargaan dikalungkan kepada 9 Pertubuhan Bukan Kerajaan di Malaysia yang terlibat, pihak yang membantu dan menyokong secara langsung mahupun tidak langsung serta para peserta dari pelbagai latar belakang dalam menjayakan program ini.

 

FB: Global Environment Centre

IG: @globalenvironmentcentre

FB: HumanKind

IG: @humankind.my

FB: Malaysian Association for the Blind

FB: (MNAWF) Malaysian National Animal Welfare Foundation

FB: EcoKnights

IG: @ecoknights

FB: SUKA Society

IG: @sukasociety

FB: Kloth Lifestyle

IG: @klothlifestyle

FB: Malaysia Outreach Volunteer Experience-MOVE

IG: @bekindmove

FB: Biji-biji Initiative

IG: @bijibiji.initiative

 

 

 

 

Date of Input: 03/02/2022 | Updated: 20/04/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUJAN~