Pengenalan | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» MENGENAI KAMI » Pengenalan

Pengenalan

Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee atau nama asalnya Kolej Tujuh Belas, mula dibangunkan pada 10 Julai 2003 seiring dengan pembinaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dengan anggaran kos RM202 juta dan siap dibina sepenuhnya pada 10 Januari 2006.

Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee adalah sebuah kolej yang majoriti penghuninya adalah di kalangan pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV). Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan kolej telah bersetuju untuk mencadangkan nama seorang tokoh nasional yang telah banyak memberikan sumbangan sama ada dalam bidang perubatan, perubatan veterinar atau sains kesihatan. Persetujuan ini dibuat setelah mengambil kira maklumbalas dan cadangan ahli akademik FPSK dan FPV. Atas persetujuan daripada ahli keluarga dan pihak-pihak yang terlibat, maka secara rasminya Kolej Tujuh Belas dinamakan sebagai Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB) pada 26 Jun 2022.

Kemaskini:: 08/07/2022 [ejan]

PERKONGSIAN MEDIA

X, (05:13:38am-05:18:38am, 02 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]